suria

Isu MB: Khalid Ucap Selamat Tinggal

Khalid meninggalkan bangunan SUK selepas jamuan perpisahan, petang Isnin. - foto KK Sham/The Star
SHAH ALAM: Sekumpulan kakitangan kerajaan negeri dan pengamal media hadir di lobi Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, petang Isnin.

Ia merupakan hari terakhir Khalid menjalankan tugasnya sebelum beliau digantikan oleh Menteri Besar Selangor baharu yang akan mengangkat sumpah pada pagi Selasa.

Dalam amanat terakhirnya, Khalid mengingatkan semua kakitangan supaya menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh.

Beliau turut mengingatkan mereka supaya tidak mempedulikan sebarang penipuan politik tetapi menjalankan khidmat terhadap negeri dengan penuh tanggungjawab.

"Ini bukan masanya untuk ucapan selamat tinggal atau tidak bersedia menjalankan tugas.

"Saya sangat bertuah kerana diberi kepercayaan untuk menjalankan tugas saya dengan betul dan bertanggungjawab," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Sah Azmin MB Selangor

Artikel Lain