Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Gan Kong Meng berkata ketika ini pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan.
"Tiada tangkapan baharu setakat ini. Semua 14 individu yang ditangkap telah dibebaskan dengan jaminan polis," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Sehingga Ahad, polis telah merekodkan keterangan lebih 30 individu bagi membantu siasatan kes itu.
Lembaga Peperiksaan Malaysia menetapkan 30 Sept sebagai tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran itu.
Pada Ahad, polis menerima laporan mengenai dakwaan kebocoran dua lagi kertas peperiksaan UPSR iaitu kertas Bahasa Tamil dan Matematik.