Mangsa yang dikenali sebagai Leeh Wooi Shong, 34, seorang petani maut selepas terkena dua tembakan di kepalanya.
Seorang lagi mangsa, Ng Chiau Lin, 38, yang terselamat dalam serangan itu, ditembak di bahagian tangan dan masih menerima rawatan di Hospital Pakar Bagan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata polis menemui tiga kelongsong peluru di tempat kejadian dipercayai dari sepucuk senjata api 9mm."Kami percaya suspek mungkin mengenali mangsa tetapi polis sedang menjalankan siasatan awal untuk mencari motif serangan dan mengenal pasti penyerang tersebut," katanya.
Abdul Rahman berkata, sekumpulan individu yang berkumpul di rumah tersebut cuba mengejar lelaki bersenjata itu tetapi gagal menangkapnya.
Polis mengklasifikasikan kes itu dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Beliau turut menggesa saksi kejadian itu untuk tampil bagi membantu siasatan polis.