Syafiq Abdul Rahim, 24, didakwa mengeluarkan kenyataan itu melalui Facebook atas profil Persatuan Kongsi Gelap Melayu dengan niat menakutkan orang awam.
Lokasi itu melibatkan kilang arak di Shah Alam, pusat beli-belah Pavilion, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, kuil Batu Caves dan Masjid Negara.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Stesen Minyak Caltex, Jalan TK 4/5, Taman Kinrara, Bandar Kinrara, Subang Jaya, di sini pada 12.30 tengah hari, 24 Ogos lepas.
Hakim Yasmin Abdul Razak membenarkan Syafiq diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Oktober ini untuk sebutan semula kes. Dia membayar wang ikat jamin tersebut.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Azari Harun manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Razlan Jalaludin.