Mohd Azrol Azreen Abu Hasan, 26, yang bertugas di Batalion 2, Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kulim, Kedah meminta suapan itu sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap tiga warga Myanmar yang tidak mempunyai kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR).
Dia meminta suapan itu melalui panggilan telefon di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, pada 12 tengah hari, 31 Ogos lepas.
Sementara pada hari yang sama, tertuduh menerima suapan tersebut di Jalan Persiaran Meru Raya 5, Meru Raya di sini, pada 2.40 petang.
Hakim Madihah Harullah membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 bagi kesemua pertuduhan dengan dua penjamin dan menetapkan 28 Okt depan untuk sebutan kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mukhriz Mat Rus manakala tertuduh tidak diwakili peguam.