Fang Jin Zhong, 57, jurutera di sebuah kilang di Jalan Kapar, Bukit Raja, Klang, didapati bersalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Loo Lee Keng, 28, pada 6 Julai 2011 di premis berkenaan.
Pesuruhjaya Kehakiman Collin Lawrence Sequerah ketika menjatuhi hukuman itu berkata tertuduh yang sudah berumah tangga gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Mengikut fakta kes, Fang menyebabkan kematian Loo dengan menggunakan senjata tajam dalam pergaduhan yang tercetus antara mereka di sebuah stor di premis berkenaan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin manakala tertuduh diwakili peguam Lim Chi Chau dan Lai Chee Hoe.