Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Mohd Jamidan Abdullah berkata, ahli politik itu ditahan pada Jumaat lalu selepas tiba di ibu pejabat SPRM untuk memberikan keterangan.
"Kami masih melakukan siasatan terhadap individu tersebut dibawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan dia terlibat menerima rasuah membabitkan bayaran pampasan terhadap pemilik tanah di negeri itu.
"Sebaik sahaja kenyataannya direkodkan, individu tersebut dibebaskan," kata Jamidan dalam satu kenyataan pada Selasa.
Terdahulu, sebuah akhbar di Sabah melaporkan seorang pemimpin Umno Sabah ditahan berkaitan dakwaan Pecah Amanah (CBT) membabitkan wang sebanyak RM300 juta.
Menurut akhbar tersebut, ahli politik berkenaan adalah bekas Timbalan Pengerusi di sebuah agensi kerajaan dan salah seorang daripada 25 ketua bahagian Umno di negeri itu.