suria

Barisan Baharu Exco Selangor

Azmin (tengah) bersama barisan Exco Selangor yang diumumkannya pada Rabu.
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mengumumkan senarai portfolio barisan Exconya selepas mempengerusikan mesyuarat pertama pada Rabu.

  

Menurut Azmin, terdapat beberapa pembaharuan serta penjenamaan semula beberapa portfolio sedia ada bagi memantapkan proses pentadbiran kerajaan negeri.

"Penjenamaan semula ini sebagai usaha baharu kerajaan dalam menghadapi senario semasa di negara ini," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Bangunan SUK di sini, Rabu.

Ini merupakan mesyuarat pertama yang dipengerusikan Azmin sejak dilantik ke jawatan Menteri Besar pada 23 September lalu.

Selepas menerajui kepimpinan kerajaan negeri, Azmin bertindak menukar komposisi jumlah Exco apabila menyaksikan jumlah jawatan itu yang dimiliki wakil rakyat PAS dikurangkan kepada tiga berbanding empat sebelum ini.

Selain itu, jumlah Exco milik wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditambah satu kerusi menjadi empat, manakala pemimpin DAP kekal dengan tiga jawatan Exco.

Berikut senarai 11 portfolio yang diumumkan Azmin.

1. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kewangan, Pembangunan Tanah, Pengurusan Sumber Alam, Majlis Tindakan Ekonomi Selangor dan Penerangan. - Azmin Ali.

2. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian (IKS) & Perdagangan dan Pengangkutan. - Datuk Teng Chang Kim.

3. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar. - Iskandar Abdul Samad.

4. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna. - Elizabeth Wong Keat Ping.

5. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru. - Ean Yong Hian Wah.

6. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembanguna  Desa dan Kampung Tradisi. - Dr Ahmad Yunus Hairi.

7. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga. - Dr Daroyah Alwi.

8. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang. - Ganabatirau A/L Veraman.

9. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains & Teknologi dan Inovasi. - Nik Nazmi Nik Ahmad.

10. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan. - Amirudin Shari.

11. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani. - Zaidy Abdul Talib.

Exco Selangor, Mohamed Azmin Ali

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain