suria

Remaja Tanam Barang Kemas Ibu, Sebelum Menipu Dirompak

Abdul Rashid Abdul Wahab
KAJANG: Remaja perempuan berusia 16 tahun menanam barang kemas ibunya di pekarangan pangsapuri keluarganya, sebelum mendakwa kediaman itu dirompak.


Bagaimanapun, polis mengesyaki dia menipu apabila dia mendakwa perompak juga mengambil RM20,000 daripadanya ketika berada di rumah mereka Bandar Baru Bangi dekat sini.

Remaja itu yang pernah melarikan diri dari rumah kemudiannya ditahan polis.

Ibu berusia 51 tahun yang tidak tahu mengenai perbuatan anaknya menanam barang kemasnya membuat laporan polis mendakwa dua orang merompak kediaman mereka.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, remaja itu mendakwa dua orang memasuki rumah mereka dengan bersenjatakan pisau pada pukul 3.30 petang, Selasa.

"Dia mendakwa dua perompak itu memaksanya memberitahu dimana ibunya menyimpan barang kemas, wang tunai RM20,000 dan beberapa barang berharga.

"Kami mengesyaki sesuatu yang tidak kena terutama berkaitan wang tunai yang banyak di simpan di rumah," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Abdul Rashid berkata, polis kemudiannya menyoal siasat remaja itu dan akhirnya mendapat tahu mengenai barang kemas yang ditanam di pekarangan kediaman mereka.

Katanya, gadis yang ditahan pada Rabu itu kini ditahan reman untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Artikel Sebelum

Gaji MB, Exco Dipotong - Azmin

Artikel Berikut

Siapa Faekah? - Azmin

Artikel Lain