suria

Tafakur Untuk Lima Jenazah Tragedi MH17

Istiadat penuh penghormatan negara diberikan kepada lima lagi mangsa tragedi MH17 yang tiba pagi Jumaat.
SEPANG: Tafakur selama seminit berlangsung pada istiadat penghormatan jenazah tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) kali ini untuk lima jenazah yang tiba pagi Jumaat.


Selain hadirin di kalangan ahli keluarga dan sahabat handai mangsa, penghormatan yang diberi pada jam 8.58 pagi itu turut membabitkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim.


Kumpulan keenam mangsa tragedi MH17 yang dibawa pulang dari Belanda adalah ahli keluarga terakhir keluarga Allahyarham Tambi Jiee, Allahyarham Muhammad Afruz Tambi, Liew Yaw Chee, Lee Kiah Yeen, Meling Anak Mula dan Mathew Ezekial Sivagnanam.

Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke KLIA ditembak di timur Ukraine pada 17 Julai lalu, menyebabkan semua 298 penumpang dan anak kapal termasuk 44 rakyat Malaysia terkorban.
MH17, tafakur, KLIA

Artikel Sebelum

Artikel Lain