KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter, berlaku pada 8.34 pagi Sabtu di Kepulauan Kuril, Jepun. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, garis pusat gempa bumi itu di 439km timur laut Asahikawa, Jepun dan 5,154km timur laut Kudat, Sabah. Tiada ancaman tsunami dikeluarkan, menurut kenyataan itu.