suria

Dua Beradik Lemas Terjatuh Dalam Lubang

BUKIT MERTAJAM: Dua beradik ditemui mati, dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam sebuah lubang berdekatan rumah mereka di Kampung Pelet, Kubang Semang, Sabtu. 

Dalam kejadian pada 5.30 petang, Muhammad Shazriel Naufal Rahizal, 4, dan adiknya Nur Shazreen Rahizal, 2, keluar bermain kira-kira 100 meter dari rumah mereka.

Mereka dipercayai terjatuh ke dalam sebuah lubang sedalam dua meter yang dikorek untuk sebuah projek pembangunan berhampiran. 

Mayat dua beradik itu dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat. 

Ketika dihubungi, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Superintendan Baharom Abu mengesahkan kejadian itu.

lemas

Artikel Lain