suria

Polis Dalam Rundingan Akhir Bebas Konstabel Diculik - KP Sabah

Zakia Aliep

KOTA KINABALU: Polis kini dalam rundingan akhir untuk membebaskan anggota polis marin yang diculik sekumpulan penceroboh di sebuah pusat peranginan di Pulau Mabul, Semporna pada  Julai lepas, kata PesuruhjayaPolis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman pada Ahad.

Beliau berkata pihaknya mendapat kerjasama pihak Filipina dalam urusan rundingan dengan kumpulan penjenayah terbabit bagi membebaskan Konstabel Zakia Aliep yang diculik pada 12 Julai lepas.

"Perkembangan kes setakat ini berjalan dengan baik dan terkawal. Mangsa berada dalam keadaan selamat dan kini dalam proses rundingan akhir antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Filipina dengan suspek penculikan itu," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis jamuan Aidiladha di Masjid Nur Islam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini.

Jalaluddin berkata mangsa telah menghubungi anggota keluarganya sebanyak 79 kali sejak diculik kumpulan bersenjata itu.

Beliau berkata pengusaha ikan dalam sangkar Chan Sai Chiun yang diculik di Kampung Sapang Air, Kunak pada 16 Jun lepas juga berada dalam keadaan selamat dan pihak polis juga sedang berusaha untuk pembebasannya.

culik, sabah, konstabel polis

Artikel Lain