suria

Keriangan Malam Raya Bertukar Tragedi Rumah Terbakar

DUNGUN: Keriangan suasana sambutan Aidiladha tahun ini bertukar tragedi buat sebuah keluarga di Kampung Kuala Jengai, Hulu Dungun apabila rumah mereka hangus terbakar Sabtu malam.

Che Osman Ahmad, 74, berkata ketika kejadian kira-kira 9.30 malam, beliau sedang membakar lemang bersama-sama tiga anak dan menantunya di rumah anaknya yang terletak berhampiran rumahnya.

"Kami semua terdengar satu bunyi letupan yang kuat, saya menjengah untuk melihat dan tidak sangka ada kebakaran di satu daripada bilik di rumah kami ... semua tidak dapat diselamatkan.

"Pak cik sempat lari masuk ke dalam rumah dan capai beberapa dokumen penting saja sebelum api marak. Syukur tiada yang cedera," katanya ketika ditemui Bernama di tempat kejadian.

Menurutnya, ketika kejadian isterinya, Siti Jaharah Wok, 64, sedang bersendirian memasak di dapur bergegas keluar menyelamatkan diri manakala dua anak yang tinggal bersama mereka kebetulan tiada di rumah.

Menurutnya jentera Bomba dan Penyelamat hanya tiba selepas rumahnya rentung kerana rumahnya terletak jauh dari balai bomba terdekat iaitu di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, kira-kira 50 kilometer.

Che Osman berkata, beliau menganggarkan kerugian keseluruhan kira-kira RM50,000.

"Pak cik percaya kebakaran ini berpunca daripada litar pintas dan buat masa ni pak cik sekeluarga tumpang tinggal di rumah anak. Pak cik anggap ini semua ujian Allah swt untuk pak cik sekeluarga pada hari raya Aidiladha tahun ini," katanya.


Besut, Kebakaran

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Warga Emas Dan Anak Disamun

Artikel Lain