suria

Rumah Ahli Perniagaan Di Ampang Ditembak

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan yang sedang tidur di rumah teres dua tingkatnya di Taman Pandan Mewah, Ampang terkejut dengan bunyi tembakan di luar rumahnya awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Khairuldin Saad berkata, mangsa yang berumur pertengahan 50-an kemudiannya membuat laporan polis.

Beliau berkata, siasatan mendapati bahagian tingkap di rumah itu didapati pecah akibat tembakan dipercayai dilakukan seorang penunggang motosikal yang berpakaian jaket hitam, bertopi keledar penuh dan bertopeng muka.

"Suspek dipercayai melepaskan tembakan dari jarak 20 meter di tepi jalan ke arah rumah mangsa.

"Pengawal keselamatan warga Myanmar yang bertugas di pos pengawal berhampiran rumah mangsa terdengar bunyi seakan tembakan dari arah bertentangan jalan raya pada waktu kejadian kira-kira 5.47 pagi," katanya.

Artikel Lain