GEORGE TOWN: Polis berjaya menahan seorang wanita yang menikam pemandu bas RapidPenang selepas 24 jam insiden itu berlaku. Wanita berusia 48 tahun itu ditahan pada pukul 7,30 pagi di perhentian bas di Jalan Paya Terubong sebelum dia menaiki bas RapidPenang. Manakala pisau yang digunakan ketika menikam Aisyamudin Yaacob,27, turut ditemui. Ketua Polis George Town, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, arahan reman terhadap suspek diperolehi pukul 2 petang Selasa. Sementara itu, mangsa Aisyamudin masih tidak sedarkan diri dan diletakkan di bawah Unit Jagaan Rapi (ICU).