Menurut bacaan IPU di laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pulau Pinang adalah satu-satunya negeri yang mencatatkan tahap tidak sihat.
Sehingga pukul 11 pagi, Seberang Jaya 2 dan stesen-stesen USM masing-masing mencatatkan bacaan 107 dan 106. Stesen Prai mencatatkan bacaan sederhana 92 pada jam 11 pagi.
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dianggap baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).
Kepekatan kelima-lima pencemar diukur di 52 stesen kualiti udara automatik di seluruh Malaysia, terutamanya yang terletak di kawasan industri dan bandar.