BESUT: Polis menahan seorang lelaki tidak siuman dipercayai membakar rumah milik seorang tukang kebun di Kampung Beting Lintang, dekat sini, Sabtu. Ketua Polis Daerah Besut Supt Khaled Che Lah ketika dihubungi berkata tangkapan dibuat pada kira-kira 12.30 tengah hari, selepas kejadian kebakaran pada 11.50 pagi, Sabtu. "Polis yang berada di lokasi kebakaran telah melihat lelaki berkenaan berjoget-joget di hadapan rumah mangsa yang sedang terbakar dan menahannya selepas ia menjerit-jerit apabila melihat api sedang marak," katanya ketika dihubungi di sini, Ahad. Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengetahui status suspek yang berusia 29 tahun itu, termasuk melakukan pemeriksaan kesihatan ke atasnya. Pemilik rumah, Mat Jusoh Daud, 35, tukang kebun di Resort Tok Bali Kelantan berkat, rumah kayu berusia 10 tahun tersebut sedang dibaik pulih dan beliau bersama isteri dan empat anaknya merancang untuk berpindah ke situ, pada awal tahun depan.