Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata kerajaan negeri tidak pernah meluluskan mana-mana permohonan daripada syarikat swasta ataupun badan bukan kerajaan untuk menjayakan program yang bertentangan dengan syariah.
"Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas ke atas umat Islam yang terlibat dalam mana-mana kegiatan berstatuskan maksiat.
"Premis-premis yang menjual arak hanya dikunjungi oleh orang bukan Islam sahaja," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.