Lelaki tersebut yang hanya ingin dikenali sebagai Huang mendakwa wanita tersebut enggan membayar sewa sebuah bilik di dalam rumah tersebut yang turut didiami oleh anak perempuan wanita itu.
Wanita tersebut dalam lingkungan 40-an menyewa bilik dari Huang selama dua tahun sebelum mereka berkahwin.
Huang mendakwa wanita tersebut enggan tidur bersama dengannya dan lebih gemar meluangkan masa bersama anak perempuannya.
Jadi, lelaki itu membuat keputusan untuk menceraikan isterinya.
Wanita itu bagaimanapun enggan berpisah dengan berkata suaminya adalah lelaki yang penyayang dan sentiasa memberi layanan baik terhadap dia dan anak perempuannya.