PUTRAJAYA: Pembekuan permohonan lesen pemborong minyak diesel dan petrol serta pembukaan stesen minyak baharu semua jenama telah ditarik balik serta merta. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, kerajaan memutuskan untuk menarik balik pembekuan sementara selepas sasaran telah dicapai. Sebelum ini kerajaan mengumumkan pembekuan selama enam bulan bermula 10 Jun lalu hingga Disember tahun ini sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengekang penyalahgunaan lesen.