suria

Pelajar Jerman Maut Jatuh Gaung di Telaga Tujuh

Pasukan Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mayat mangsa yang terjatuh ke dalam gaung.
LANGKAWI: Seorang pelajar Jerman meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam gaung ketika mendaki di Telaga Tujuh di sini. 

Mangsa, Alexzande Anton Michael, 24, berada di Hutan Lipur Telaga Tujuh ketika dia terjatuh ke dalam gaung sedalam 76 meter pada tengah hari Sabtu. 


Pegawai Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Langkawi, Supritendan Yaakob Hassan berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada pukul 3. 15 petang. 

"Pasukan penyelamat telah digerakkan dan mereka tiba di tempat kejadian pada pukul 3.50 petang. 

"Mangsa ditemui berada di bawah gaung sedalam 76 meter. Mayat mangsa berjaya ditemui dan dibawa keluar pada pukul 4.50 petang," katanya sambil menambah mayat mangsa telah di bawa ke Hospital Langkawi untuk dibedah siasat. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Langkawi, Supritendan Harrith Kam Abdullah berkata mangsa dan tiga rakannya mendaki gunung untuk melihat pemandangan keseluruhan yang lebih baik. 

"Hujan turun dengan lebat, ketika insiden tersebut berlaku dan batuan yang terdapat di laluan yang mereka gunakan agak licin," katanya sambil menambah mangsa merupakan pelajar di Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing, Cyberjaya. 

"Polis menolak sebarang unsur jenayah dan menyifatkan kes tersebut sebagai kematian mengejut," katanya.

Telaga Tujuh, pelajar Jerman

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan