SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa Gerakan untuk tampil dengan sebuah pelan yang lebih baik daripada DAP dalam usaha mendapat semula keyakinan rakyat di Pulau Pinang. Najib berkata, parti itu seharusnya mengasaskan pelannya berdasarkan kesederhanaan yang diamalkan dalam perjuangan nenek moyang Barisan Nasional (BN). "Anda harus bertanya kepada mereka mengenai rumah mampu milik yang dibina untuk rakyat di sana dan pelaburan yang dibawa masuk oleh kerajaan DAP. "Jangan jadi seperti mereka, serang Pembangkang berdasarkan fakta dan bukan pembohongan," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan di sini, pagi Ahad.