suria

Remaja Parah Dirempuh Keretapi Ketika Ingin Ke Kuil

KUANTAN: Hasrat seorang remaja untuk bersembahyang dikuil bagi menyambut Deepavali  tidak kesampaian apabila dia cedera parah dilanggar kereta api ketika sedang melintas landasan untuk ke kuil di Km226.5 Tanjung Lipis, Kuala Lipis pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Supt Abdul Razak Hassan berkata dalam kejadian kira-kira 6.15 pagi itu, G. Nagaya, 17, dari Kampung Tanjung Lipis dilanggar tren Senandung Wau 28NK yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan.

Kejadian itu hanya disedari pemandu tren selepas terlanggar sesuatu sebelum memaklumkannya kepada anggota polis bantuan KTM Kuala Lipis, katanya ketika dihubungi Bernama.

Remaja itu pada awalnya dihantar ke Hospital Kuala Lipis sebelum dipindahkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk rawatan lanjut, katanya dan menurutnya akibat rempuhan, remaja itu yang lengkap berpakaian raya terpelanting kira-kira 20 meter daripada landasan.

Sementara itu, katanya, polis sudah mengenal pasti identiti lelaki yang maut selepas digilis kereta api di Kampung Lanar, Kuala Lipis pada Selasa iaitu Sankar Sonaimuthu, 42, berasal dari India.

Katanya mayat lelaki itu dikenal pasti oleh majikannya S. Sathias, 50, dan menurutnya kes itu tiada unsur jenayah dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut. -- 

remaja, parah, dilanggar keretapi

Artikel Sebelum

Artikel Lain