suria

Koperal Polis Cedera Ditikam

KOTA BAHARU: Seorang anggota polis berpangkat koperal cedera apabila ditikam sebanyak tiga kali oleh seorang lelaki dipercayai kurang siuman di Kampung Bechah Pulai, Laloh, Kuala Krai pada Selasa.

Dalam kejadian pukul 7 pagi itu, tiga anggota polis dari Balai Polis Laloh diarah ke kampung itu berikutan terdapat laporan mengenai seorang lelaki telah mengamuk.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Lai Yong Heng berkata anggota yang tiba mendapati terdapat seorang lelaki berusia 26 tahun sedang berdiri di hadapan pintu rumahnya dan memegang sebilah pisau.

"Anggota cuba memujuk suspek namun gagal dan mengambil keputusan menyembur 'Pepper Spray' ke arah suspek.

Semburan berkenaan kena pada mata suspek menyebabkan suspek meluru ke arah mangsa dan menikamnya sebanyak tiga kali menggunakan pisau," katanya ketika di hubungi Bernama di sini, Selasa.

Beliau berkata akibat tikaman itu mangsa Koperal Awang Awang Besar cedera di bahagian telinga sebelah kiri, rusuk kiri dan lengan kiri dan dirawat di Hospital Kuala Krai dengan keadaannya stabil.

Suspek juga ditahan di hospital sama.


Koperal, Polis Tikam

Artikel Berikut

Artikel Lain