suria

Visa Wednesdays Kembali Atas Permintaan Ramai

KUALA LUMPUR: Visa Wednesdays dengan kerjasama Agoda.com menawarkan kepada pengguna dengan kad debit dan kredit Visa yang dikeluarkan di Malaysia, penjimatan ke atas tempahan yang dibuat melalui Agoda.com pada setiap Rabu dengan ribuan pilihan penginapan. 


Kembali buat kali kedua pada tahun ini atas permintaan ramai, promosi tersebut menawarkan pemegang kad Visa 12 peratus penjimatan ke atas tempahan bagi Australia, New Zealand, Amerika Utara, Eropah dan Timur Tengah, dan 10 peratus penjimatan ke atas tempahan bagi semua destinasi lain.

Dalam kenyataan, Pengurus Negara Visa bagi Malaysia Ng Kong Boon berkata melancong menjadi kategori yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia dan ramai pengguna menggunakan platform dalam talian untuk menempah pelan pelancongan.

"Berdasarkan Kajian Sikap Pembayaran Pengguna yang dilaksanakan oleh Visa pada tahun ini, 43 peratus responden Malaysia menempah semua penginapan pelancongan mereka dalam talian.

"Promosi Visa Wednesdays dengan Agoda.com membolehkan kami menyediakan faedah yang eksklusif kepada pemegang kad Visa untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah dalam talian," kata Ng.


Visa Wednesdays, Agoda.com, Visa

Artikel Lain