suria

Muhasabah Diri, Perbaiki Kelemahan Dan Mantapkan Perjuangan Parti - Hishammuddin

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjawab soalan pemberita ketika mengadakan sidang media pada Konvensyen Umno Terengganu 2014 di Shah Alam pada Sabtu.
KUALA LUMPUR: Anggota Umno Selangor perlu muhasabah diri bagi memperbaiki kelemahan dalam parti bagi memantapkan perjuangan parti, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Melalui amalan itu, katanya, ruang dan peluang untuk mengatur perancangan rapi bagi meyakinkan rakyat untuk terus menyokong Umno dapat dicapai.
 
"Saya boleh bantu tetapi anggota Umno Selangor sendiri perlu bekerja keras bagi merealisasikan segala apa yang telah dirancang selama ini," katanya pada sidang media selepas majlis penutupan Konvensyen Umno Selangor di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Mereka perlu menyakinkan rakyat untuk terus memberi kepercayaan kepada pemimpin serta sokongan padu kepada parti itu, katanya ketika ditanya mengenai perancangan Umno bagi menawan semula negeri Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.

Konvensyen sehari itu dirasmikan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ia dihadiri kira-kira 2,000 anggota parti peringkat bahagian, sayap Pemuda, Wanita dan Puteri negeri, kelab veteran Umno dan Majlis Bekas Wakil Rakyat Selangor.
Umno Selangor, Hishammuddin

Artikel Lain