suria

Polis Marin Tahan 13 Lanun Di Johor

JOHOR BARU:  Pasukan Polis Marin (PPM) menahan 13 lanun warga Indonesia di luar pantai Teluk Ramunia di Kota Tinggi.

Komander PPM Wilayah 2, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, semasa melakukan rondaan harian, pihaknya mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, unit peronda mendekati bot tersebut untuk melakukan siasatan dan menemui sembilan lelaki berada di dalamnya.

"Kami segera mengerahkan anggota tambahan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 2.5 batu nautika dari pesisir pantai dan selepas melakukan pemeriksaan menyeluruh, kami menjumpai empat lelaki bersembunyi di dalam bilik krew kapal terbabit," katanya pada sidang media di sini Ahad.

Beliau berkata, mereka turut menjumpai senjata yang digunakan oleh kumpulan tersebut untuk melakukan aktiviti menyalahi undang-undang termasuk 10 bilah parang, 10 topeng muka, kabel dan peralatan.
Teluk Ramunia, lanun

Artikel Lain