KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan selamat maju jaya kepada para pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula Isnin. "Selamat menduduki SPM buat para pelajar Tingkatan 5 esok. Saya mendoakan kejayaan semua," kata Perdana Menteri dalam laman twitternya. Sebanyak 455,839 calon akan menduduki peperiksaan tersebut di 3,655 pusat peperiksaan SPM di seluruh negara dari 3 November hingga 4 Disember ini.