Pengarahnya, Dr Ismail Ali berkata pemantauan seminggu oleh jabatan itu mendapati beberapa kawasan tertentu di asrama pelajar dan pejabat pentadbiran dicemari najis serta air kencing tikus.
"Pada beberapa hari lepas pula, kami menggunakan kaedah pencegahan dengan menyembur bahan nyahjangkit dan memasang perangkap tikus. Kami dapati ada tikus yang masuk ke dalam perangkap itu," katanya kepada Bernama Isnin.
Dr Ismail berkata berdasarkan penemuan itu, tikus terbabit dipercayai datang dari semak dan hutan di belakang kolej berkenaan.
Seorang pelajar wanita berusia 18 tahun meninggal dunia disyaki akibat Leptospirosis. LMC mempunyai kira-kira 2,600 pelajar dan enam pengusaha bergilir-gilir mengendalikan tiga kafe di kolej berkenaan.
Dr Ismail berkata taklimat turut disampaikan kepada enam pengusaha kafe serta kontraktor dan semua premis kafe itu dianggap bersih.