Di platform microblogging China, Weibo, pengguna menyuarakan sokongan mereka kepada Chong Wei melalui akaun rasminya yang kali terakhir dikemaskini pada bulan Jun.
Pengguna, @cpuadsl mengulas: "Saya tidak percaya Chong Wei akan berbuat demikian. Ini mungkin satu salah faham. "
@shuxiansheng melahirkan keyakinannya terhadap pemain badminton berusia 32 tahun itu dan menyeru supaya beliau terus bermain.
Mereka menggunakan istilah Cina 'Jia you' (caiyok!) untuk mengingatkan Chong Wei supaya tidak menyerah kalah.
"Jia you! Saya akan minat anda seperti biasa walau apa pun! Harap anda dapat bangun kembali!," kata @tiantiantianlanhi
"Jia you! Adalah satu keseronokan melihat anda memerangkap Lin Dan setiap kali perlawanan. Saya harap kami semua masih dapat melihat anda di kejohanan akan datang. Anda adalah yang terbaik," kata seorang lagi pengguna @Suiyuan - 999.
"Lee Chong Wei, 'Jia you. Kami percayakan anda,"kata @heyiyilan.
Chong Wei, 32, dipercayai telah gagal ujian doping semasa Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, pada bulan Ogos.
Beliau terbang ke Oslo, Norway, pada malam Isnin untuk mengetahui hasil sampel B beliau.