suria

Kes Liwat II: Prosiding Tangguh Khamis, Giliran Pembelaan Hujah Balas

Peguambela Anwar, Ramkarpal pada sidang media selepas prosiding pada hari keenam ditangguhkan sehingga Khamis.
PUTRAJAYA: Pihak pendakwaan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai memberikan hujah berhubung rayuan terakhir ketua pembangkang itu pada hari keenam prosiding berkenaan.


Sehubungan itu, mahkamah yang bersidang pada Selasa ditangguhkan sehingga Khamis.

Wakil peguam pasukan pembelaan, Ramkarpal Singh berkata, prosiding rayuan Anwar untuk mengenepikan hukuman penjara lima tahun terhadap kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak akan diadakan pada Rabu.

"Kita difahamkan salah seorang hakim ada kes lain esok. Jadi kita hanya akan memberi hujah balas bermula pagi Khamis," katanya ketika ditemui di Kompleks Istana Kehakiman di sini, Selasa.

Sementara itu, ketua pasukan pendakwaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, beliau berpuas hati dengan hujah yang diberikan pihaknya sepanjang prosiding tersebut.

Kata beliau, pihaknya diberi banyak ruang untuk memberikan hujah dengan menyentuh pelbagai isu khususnya membabitkan bukti saintifik.

Pihak pendakwaan mula memberikan hujah selama tiga hari sejak Jumaat lalu.


Ramkarpal Singh, liwat, tangguh

Artikel Lain