Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, dengan memiliki kepakaran, kaunselor berkenaan dapat memberikan khidmat lebih berkesan dalam pelbagai bidang kaunseling.
Berucap pada majlis perasmian Seminar Kaunseling Lembaga Kaunselor 2014 di sini, Rabu, beliau turut mencadangkan supaya lebih ramai orang menawarkan diri menjadi kaunselor sukarelawan.
Rohani berkata sebagai contoh, badan-badan bukan kerajaan, kelab dan persatuan, malah orang ramai boleh berbuat demikian.
Mengikut rekod, sehingga akhir Julai ini, sejumlah 5,445 orang kaunselor telah didaftarkan di bawah Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) dan kementerian menyasarkan 11,000 orang kaunselor menjelang tahun 2020, katanya.
Rohani turut menyeru lebih ramai penuntut di universiti menyambung pengajian dalam bidang kaunseling bagi meningkatkan jumlah kaunselor.