Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata persoalan seperti itu tidak timbul kerana kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 12 sen seliter untuk RON95.
"Tahun lepas, kerajaan memberi subsidi 24 sen bagi setiap liter bahan api RON95 itu.
"Kini dengan penurunan harga minyak mentah dunia, subsidinya ialah 12 sen sehingga Oktober tahun ini.
Dilaporkan Rafizi Ramli (PKR - Pandan) pada Rabu, dalam satu sidang akhbar berkata jika harga pasaran minyak semakin murah, Malaysia tidak perlu membayar subsidi yang kini ditanggung kerajaan sebanyak 0.14 sen seliter.
Rafizi berkata harga minyak mentah dunia telah jatuh kepada USD82 (RM274) setong.
Beliau berkata para pengguna akan membayar lebih daripada kadar pasaran jika harga minyak mentah terus menurun kepada USD73 (RM244) setong dan ke bawah.