suria

Cameron Highlands: Hujan, Ribut Diramal Mulai Petang Sabtu Hingga Khamis Depan

KUALA LUMPUR: Hujan dan ribut petir diramalkan di beberapa kawasan di sekitar Cameron Highlands, Pahang pada sebelah petang Sabtu sehingga Khamis depan.


Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, sepanjang tempoh itu, diramal tidak berlaku hujan pada sebelah pagi dan malam.

Purata suhu minimum sepanjang tempoh itu di Cameron Highlands diramal 16 darjah celcius, katanya kepada Bernama di sini, Sabtu.

Jabatan itu menasihatkan orang ramai tidak berada di kawasan lapang dan mengurangkan aktiviti pada waktu petang di kawasan terbabit bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat, amaran/nasihat boleh melayari laman sesawang MetMalaysia di www.met.gov.my, Facebook (www.facebook.com/malaysiamet), Twitter (www.twitter.com/malaysiamet) atau menghubungi talian 1-300-22-1638 yang beroperasi 24 jam. 




Artikel Berikut

Artikel Lain