suria

UIM Tawar Pengajian Pengurusan Harta Wakaf Hingga PHD Mulai 2016

Mohd Yusof (kanan) memberi penerangan mengenai tapak kekal UIM seluas 100 ekar di sini yang dijangka disiapkan dalam tempoh lima tahun. Turut kelihatan (dari kiri) Pengarah Perhubungan Awam dan Antarabangsa UIM Datuk Othman Desa, Pengarah Pembangunan, Penyelenggaraan dan Keselamatan UIM Ali Ahmad dan Penolong Pendaftar Kanan Perhubungan Awam UIM Mohd Sholihin Mohamad.
CYBERJAYA: Universiti Islam Malaysia (UIM) bakal menawarkan pengajian pengurusan harta wakaf dari peringkat sarjana muda hingga doktor falsafah mulai 2016.

Naib Presiden 1 (Akademik) UIM, Prof Datuk Wira Dr Ismail Ibrahim berkata, tawaran tersebut dibuat berikutan sambutan mengalakkan terhadap Kursus Profesional Pengurusan Harta Wakaf peringkat sijil yang ditawarkannya sekarang.

"Buat masa ini UIM masih menunggu kelulusan senat sebelum mendapat pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia," katanya.

Beliau berkata kepada media selepas majlis penutup dan penyampaian sijil Kursus Profesional Pengurusan Harta Wakaf oleh Presiden UIM Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor, Sabtu.

Katanya, kursus sijil tersebut yang diperkenalkan sejak September lalu bertujuan memberi pendedahan lebih meluas kepada masyarakat berkaitan pengurusan dan pembangunan harta wakaf.

Sebanyak 32 orang menerima sijil setelah mengikuti kursus selama tujuh minggu.


UIM, harta wakaf

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan