suria

Polis Tahan 30 GRO Warga Thailand Di George Town

GEORGE TOWN: Tiga puluh warga Thailand termasuk seorang pondan yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam operasi polis di sebuah pusat hiburan di Jalan Datuk Keramat di sini, awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata dalam serbuan pukul 1.30 pagi itu kesemua mereka didapati sedang leka menari dengan aksi ghairah dan melayan pelanggan di premis berkenaan.

Beliau berkata polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 30-an yang disyaki menjadi pelindung kepada GRO wanita dan pondan berkenaan untuk siasatan lanjut.

Katanya GRO berusia antara 21 dan 30 tahun terbabit memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk dokumentasi.

GRO

Artikel Lain