suria

Fosil Dinosaur Kedua Ditemui Di Pahang

Fosil gigi dinosaur kedua ditemui di Pahang.
KUALA LUMPUR: Fosil dinosaur kedua ditemui di Pahang selepas penemuan pertama sembilan bulan lalu.

Pasukan Paleontologi Universiti Malaya pada Khamis mengumumkan penemuan fosil gigi dinosaur dari spesies Ornithischian.

Profesor Dr Masatoshi Sone dari Jabatan Geologi berkata, fosil gigi yang ditemui itu berukuran 13mm panjang dan 10.5mm lebar.

Fosil itu ditemui dalam pembentukan batu sedimen di Pahang dalam era Cretaceous (75 juta-145 juta tahun lalu).

Sampel tersebut ditemui tidak jauh dari lokasi penemuan fosil dinosaur pertama.

Pada Februari lalu, Dr Sone mengumumkan penemuan fosil gigi yang dimiliki oleh dinosaur spinosaurid (seekor dinosaur karnivor pemakan ikan).

Beliau berkata, lokasi sebenar penemuan itu bagaimanapun tidak dapat didedahkan untuk mengelakkan kawasan itu daripada diceroboh masuk.

Era Cretaceous ditakrifkan sebagai tempoh antara 75 juta hingga 145 juta tahun lalu, tempoh terakhir Zaman Mesozoic.

Dr Sone berkata adalah munasabah lebih banyak lagi sisa tinggalan dinosaur terdapat di negara ini.

"Kami berharap penemuan itu boleh membawa kepada pembangunan kajian paleontologi di negara ini. Terdapat banyak potensi dalam bidang  kajian ini," katanya.


Artikel Lain