suria

Kos Cari, Selamat MH370 Dan MH17 Cecah RM33 Juta

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan RM33,461,861.50 bagi menampung kos operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 dan Penerbangan MH17 setakat ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata seramai 3,732 penjawat awam juga terlibat dalam operasi itu.

"Sehingga kini, kos operasi mencari dan menyelamat telah ditanggung sendiri oleh negara-negara yang terlibat," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Ng Wei Aik (DAP-Tanjong).

Ng bertanya mengenai kos yang perlu ditanggung oleh kerajaan dan jumlah penjawat awam yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat MH370 dan MH17 selain kos-kos yang ditanggung oleh negara lain yang terbabit dalam tragedi itu.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang pada pada 8 Mac lepas. Ia sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Penerbangan MH17, yang membawa 298 penumpang dan anak kapal, pula terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lepas semasa dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, dipercayai ditembak jatuh pihak tidak bertanggungjawab.

MH17, MH370

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain