Majistret Farah Azura Mohd Saad menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Tini Martini, 39, setelah didapati bersalah melakukan penganiayaan yang boleh mendatangkan kecederaan fizikal serta gangguan emosi terhadap kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun itu.
Farah Azura dalam penghakimannya turut memerintahkan tertuduh disenarai hitam daripada memasuki semula negara ini.
Tertuduh yang kelihatan sedih dengan keputusan itu, melahirkan rasa kesal atas perbuatannya dan meminta maaf selain berjanji tidak akan mengulangi tindakan yang sama pada masa depan.
Menurut fakta kes, tertuduh didakwa menganiaya kanak-kanak OKU tersebut dengan cara mengheret, memukul, mengetuk kepala dan memijak kaki mangsa.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Rohaida Che Hamid manakala Tini diwakili peguam Nur Elissa Baharudin.