suria

Banjir: 20 Penduduk Di Chendering, Kuala Terengganu Berpindah

Abdullah Ibrahim dan isterinya, Zainun Din mengangkut barang keperluan untuk berpindah selepas rumah mereka dinaiki air di Kampung Binjai pada Isnin. - fotoBERNAMA
KUALA TERENGGANU: Sebanyak 20 penduduk termasuk seorang warga emas dari lima keluarga di Kampung Binjai, Chendering di sini berpindah lewat Isnin selepas kediaman mereka mula ditenggelami air. 

Kesemua mereka berpindah ke pusat perpindahan SK Chendering kira-kira pukul 4 petang. 

Seorang penduduk Zainun Din, 54, berkata dia mula menyedari air masuk ke dalam rumahnya kira-kira pukul 5 pagi Isnin.

"Ketika hendak menunaikan solat subuh saya dapati hadapan rumah penuh dengan air dan saya bersama anak-anak mula mengemas rumah dan memindahkan barang-barang elektrik ke tempat yang lebih tinggi. 

"Bimbang air bertambah naik saya serta beberapa penduduk yang lain mula berpindah selepas asar tadi," katanya ketika ditemui pemberita. 

Hujan sejak Khamis lalu menyebabkan beberapa buah kampung dinaiki air. 

Bagaimanapun setakat ini tiada jalan ditutup. 

Kampung Binjai, banjir

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain