suria

Prof Temui Fosil Dinosaur Dalam Ekspedisi Kali Ketiga Sebelum Bersara

Pembantu geosains Mohd Azrul Aziz menunjukkan fosil yang dipercayai milik haiwan purba, iguanodon.

KUALA TERENGGANU: Mana-mana ahli paleontologi pasti mengatakan penemuan fosil dinosaur merupakan saat paling indah dalam kerjaya mereka.

Bagi Prof Dr Mohd Shafea Leman, masa itu akhirnya tiba selepas dia melalui pelbagai rintangan.

Ahli paleontologi daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata penemuan fosil dinosaur di Gunung Gagau, Hulu Terengganu merupakan kajian yang terhasil dengan ketabahan dan kepercayaan perbadi.

"Dalam ekspedisi kali pertama ke Gunung Gagau pada 1997, saya telah membuat kajian terhadap batuan yang terdapat di gunung itu, saya mendapati agak mustahil untuk menemui fosil dinosaur di sana.

"Saya kembali semula pada 2008 dan berharap untuk menemui fosil dinosaur, namun sekali lagi saya gagal menemuinya.

"Ini merupakan ekspedisi saya kali ketiga dan akhirnya, saya berjaya menemui fosil dinosaur, sekaligus membuktikan semua yang saya perkatakan pada 1997 adalah benar," kata Mohd Shafea, menyifatkan ia saat yang sangat gembira dan lega dengan apa yang berjaya dijumpainya.

"Ia merupakan saat yang amat menggembirakan dan membanggakan namun pada masa yang sama saya berasa sangat lega, kerana saya berjaya memperolehinya beberapa tahun sahaja lagi sebelum bersara.

"Boleh dikatakan kali ketiga barulah saya bernasib baik!," katanya sambil ketawa kecil.

Mohd Shafea berkata penemuan tersebut menunjukkan dinosaur pernah tinggal di Malaysia dan beliau sangat optimistik bahawa lebih banyak fosil akan ditemui di negara ini.

"Saya berharap penemuan ini dapat memupuk minat serta melahirkan lebih ramai ahli paleontologi dikalangan rakyat Malaysia." 


Artikel Berikut

Tiada Kerakyatan Automatik

Artikel Lain