GENM, dalam satu kenyataan, berkata tidak ada habitasi atau aktiviti di sekitar cerun semula jadi itu.
"Perunding pakar kami telah memeriksa kawasan runtuhan dan langkah-langkah untukmemelihara dan mengukuhkan cerun telah dilaksanakan.
"Kerja-kerja membersihkan sisa runtuhan sedang dijalankan dan aliran trafik di jalan Genting Highlands dijangka kembali seperti biasa menjelang pagi esok," kata kenyataan itu.
"Kami menempatkan peralatan untuk memantau dan merekod pergerakan cerun dan bangunan di Resorts World Genting, dan bacaannya dianalisis oleh perunding pakar dan dilaporkan pada setiap bulan," kata kenyataan itu.
GENM membelanjakan lebih RM4 juta bagi pemantauan dan merekodkan pergerakan cerun dan bangunan, dan juga bagi pemeliharaan dan mengukuhkan cerun dan mengekalkan cerun.