suria

Tiada Lagi Subsidi RON95, Diesel Mulai 1 Disember

Datuk Hasan Malek

PUTRAJAYA: Subsidi petrol RON95 dan diesel akan dihentikan mulai 1 Disember ini, kata Datuk Seri Hasan Malek.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ketika mengumumkan perkara itu pada sidang media di sini berkata, harga runcit petrol RON95 dan diesel akan ditetapkan mengikut apungan terkawal.

"Ini bermakna, jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON95 dan diesel juga akan meningkat. Begitu juga sebaliknya," katanya pada Jumaat.

Harga runcit petrol RON95 kini ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.

Menurut Hasan, melalui kaedah pengapungan terkawal, purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya.

Katanya ini bermakna jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON95 dan diesel juga akan meningkat dan begitu juga sebaliknya.

"Dalam hal ini, Kerajaan akan memantau harga pasaran pada 20 hingga 31 November 2014 dan jumlah sebenar akan menentukan purata harga runcit pada bulan Disember.

"Jika trend ini berlarutan, adalah dijangkakan harga runcit RON95 bagi bulan Disember akan dikurangkan sewajarnya berdasarkan formula Automatic Price Mechanism (APM)," katanya.

Melalui kaedah APM, kerajaan akan menetapkan harga runcit pada satu paras tertentu dimana perubahan kos produk tidak akan mengubah harga runcit.

Artikel Sebelum

Artikel Lain