KUCHING: Sebelas mangsa letupan dalam terowong lombong arang batu di Selantik, Pantau, Sri Aman masih berada dalam keadaan kritikal di Hospital Umum Sarawak (HUS). Mereka menghadapi kesukaran bernafas dan terpaksa menggunakan alat bantuan penafasan. Seorang petugas HUS berkata mereka yang stabil itu ditempatkan di Unit Rawatan Rapi sementara enam yang lain di Wad Kuning dan seorang di Wad Hijau. Selain HUS, mangsa lain yang kurang kritikal ditempatkan di Hospital Sri Aman dan lima lagi di dua hospital swasta. Kebanyakan pekerja yang cedera merupakan merupakan warga asing dari Korea Utara, Indonesia, Myanmar, China dan Bangladesh. Dalam kejadian pagi Sabtu itu, tiga pekerja warga asing turut maut. Seramai 119 pekerja bekerja di lombong yang beroperasi sejak lapan tahun lalu. Dua tahun lepas, sebuah lombong arang batu di Abok turut meletup dan mengorbankan empat warga China.