suria

Kertas Putih Tentang Keganasan Dibentang, Embargo Sehingga Esok

KUALA LUMPUR: Kertas Putih bagi memerangi ancaman kumpulan militan Negara Islam (IS) dibentangkan di Dewan Rakyat dan dikenakan embargo sehingga Rabu.

Dalam Kertas Perintah Dewan, Selasa, Kertas Putih telah dimasukkan sebagai antara dokumen yang dibentangkan untuk Ahli Parlimen.

Dalam membentangkan Kertas Putih itu, Perdana Menteri memetik beberapa sebab mengapa langkah itu perlu.

"Kami menyedari keperluan untuk memberikan penjelasan mengenai ancaman kumpulan IS terhadap keselamatan negara dan keselamatan semua rakyat Malaysia ," usul dalam Kertas Perintah dibaca.

Ia juga menyatakan bahawa terdapat keperluan untuk bekerjasama dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam semua usaha untuk memerangi ancaman IS.

Usul itu bertujuan mendapatkan sokongan Dewan bagi Kerajaan melaksanakan dasar-dasar dan langkah-langkah yang telah dan akan diperkenalkan untuk menangani masalah tersebut.

Selain itu , usul itu juga menggesa sokongan rakyat di semua lapisan masyarakat untuk meningkatkan usaha dan komitmen mereka untuk bersama-sama dengan Kerajaan dalam menangani ancaman .

kertas Putih, kumpulan IS

Artikel Lain