"Rakyat terdedah kepada risiko naik turun harga minyak dunia, namun kerajaan memberi jaminan kos dan keuntungan syarikat menjual pertol dan diesel ditanggung oleh rakyat," kata Rafizi Ramli (PKR-Pandan).
Tidak berniat untuk mempertikai jaminan keuntungan yang diperuntukkan kepada syarikat minyak bagi memastikan bekalan mencukupi, sebaliknya mereka menegaskan mahu mencari 'keseimbangan' subsidi yang serupa untuk rakyat.
Sementara itu di Lobi Parlimen Loke menegaskan, jika subsidi diberikan itu diberikan, kerajaan perlu membayar RM7.2 bilion setiap tahun.
"Dalam pembentangan bajet, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mengumumkan bahawa sebanyak RM19.3 bilion telah diketepikan untuk membayar subsidi, RM14 bilion pula untuk subsidi petrol, diesel dan gas asli cecair (LPG).
Beliau berkata kerajaan seharusnya telus dalam perkara tersebut dan menerangakan di manakah peruntukkan tersebut digunakan, jika ia tidak digunakan untuk subsidi petrol dan diesel.
"Jadi, kami mencadangkan sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Bukannya ibarat perkara yang sukar untuk dilaksanakan," katanya.