suria

Alvin Cabar Zahid Batalkan Pasportnya

Alvin Tan.
PETALING JAYA: Penulis blog lucah Alvin Tan mencabar Menteri Dalam Negeri supaya membatalkan pasportnya. 

"Lakukan sahaja," tulis Alvin di entri terbaru akaun Facebook miliknya pada Ahad, beberapa jam selepas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dipetik sebagai berkata pasport Tan merupakan harta kerajaan dan ia 'boleh dibatalkan' pada esok (Isnin)."

"Jangan sekadar mengugut...jangan jadi pengecut....," tulisnya. 

Zahid dilaporkan berkata Kementerian Dalam Negeri akan membatalkan pasport Tan mengikut Akta Imigresen. 

Tindakan tersebut diambil selepas Tan mempersoalkan, tindakan istana Selangor menarik balik gelaran 'Datuk Seri' yang telah dianugerahkan kepada ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di akaun Facebook miliknya.

Tan kini menetap di Amerika Syarikat memohon suaka politik selepas dia melarikan diri jaminan polis di Malaysia. 

Tan, 26 dan teman wanitanya, Vivian Lee, 25, dihadapkan ke mahkamah tahun lalu atas tiga pertuduhan di Akta Penapisan Filem, Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan. 

Kedu-dua mereka turut berhadapan dengan dua pertuduhan di bawah Akta Penapisan Filem dan Akta Hasutan kerana mempersendakan agama Islam dan bulan Ramadan di laman Facebook mereka.

Alvin Tan, pasport, Zahid Hamidi

Artikel Lain