suria

Pakatan Rakyat Perlu Buat Ketetapan Tidak Laksana Hudud - Guan Eng

PETALING JAYA: Pakatan pembangkang perlu jelaskan pendirian bahawa mereka tidak akan melaksanakan hudud jika mahu menang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Katanya pakatan itu perlu ada dasar yang jelas, konsisten dan boleh meyakinkan rakyat.

"Kita hanya boleh berjaya sekiranya pendirian dan kedudukan kita jelas bahawa Pakatan yang memerintah di Putrajaya (nanti) tidak akan melaksanakan undang-undang hudud.

"Itu mesti jelas. Kerana itulah aspirasi pengundi-pengundi (berhaluan) sederhana, bukan (aspirasi) pengundi ekstrem," katanya pada perasmian Persidangan Kebangsaan Parti DAP 2014 dekat sini, Ahad.

Katanya, parti-parti dalam pakatan itu juga perlu ada ketetapan siapa calon perdana menteri mereka.

DAP, Hudud, Pakatan Rakyat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan