TEHRAN: Tehran, pada Isnin mengutuk tindakan menawan tebusan di Australia, dilaporkan dilakukan oleh lelaki bersenjata kelahiran Iran, dengan menyatakan tindakan itu sebagai satu tindakan asing kepada Islam, media negeri memetik seorang pegawai kerajaan sebagai berkata. "Melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan dan mencetuskan provokasi ketakutan dan panik dia atas nama kesucian Islam adalah tidak munasabah dalam apa jua cara," kata jurucakap Kementerian Luar Iran Marzieh Afkham, menurut agensi berita IRNA. Lelaki bersenjata itu, yang dikenal pasti oleh media Australia secara meluas sebagai Man Haron Monis, adalah warga Iran yang mendapat perlindungan politik di Australia pada tahun 1996, dipercayai terbunuh bersama-sama dengan dua daripada 17 tebusan apabila polis menyerbu sebuah kafe di Sydney awal hari Selasa untuk menamatkan tempoh pengepungan yang panjang. "Keadaan psikologi dan pemikiran individu ini, yang telah mendapatkan perlindungan di Australia hampir dua dekad lalu, telah dibincangkan beberapa kali dengan pegawai-pegawai Australia, yang tahu keadaannya (mental)," kata Afkham. Akhbar Australia memanggil Monis yang berusia 50 tahun itu sebagai 'sheikh gaya tersendiri' yang mempunyai sejarah keganasan. Media Iran telah mengenal pasti dirinya sebagai Mohamad Hassan Manteghi, seorang bekas ulama Syiah yang menukar namanya apabila dia berpindah ke Australia. Sebulan yang lalu, menurut media Iran, Monis dalam laman web rasminya mengisytiharkan kesetiaan rasmi kepada pemimpin kumpulan Negara Islam. Di Australia, bekas peguam Monis, Manny Conditsis, berkata orang ramai diberi jaminan bahawa pengepungan tidak melibatkan kumpulan pengganas.